Friday, July 31, 2009

proposal

TAJUK KAJIAN:
Pembelajaran muzikal ‘Angklung’ di peringkat sekolah rendah diadaptasikan dalam animasi.

1.2 PENGENALAN
Angklung merupakan sejenis alat muzik tradisional dari kesenian suku Sunda di Jawa Barat, Indonesia. Alat muzik ini diperbuat daripada buluh yang terdiri daripada dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai ‘Ancak’. Tetapi kini Malaysia akan mendapatkan hak patern ke atas alat muzik ini.
Irama Angklung akan terhasil apabila ia digetarkan agar berlaga antara dua bahagian untuk menghasilkan bunyi yang merdu. Angklung telah dikategorikan dalam kategori ‘Idiofon’. Setiap alat hanya menghasilkan satu nada dan memerlukan sekumpulan Angklung bagi menghasilkan irama yang lengkap. Selain itu, Angklung dipersembahkan untuk majlis keramaian dan ada juga untuk tarian seperti Kuda Kepang, Gamelan dan Barongan.

PENYATAAN MASALAH
1. Pengkaji mendapati pembelajaran berbentuk animasi dalam mempelajari alat muzik Angklung belum diwujudkan di peringkat sekolah.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengkaji kaedah pembelajaran yang digunakan di sekolah rendah untuk mempelajari instrument alat muzik Angklung
2. Menganalisa data-data yang deperolehi daripada pembelajaran muzikal Angklung
3. Mengaplikasikan pembelajaran muzikal Angklung dalam bentuk animasi.
4. Menilai keberkesanan pembelajaran Angklung dalam bentuk animasi

1.5 HIPOTESIS
Pembelajaran muzikal Angklung yang diaplikasikan ke dalam animasi dapat memudahkan pelajar mempelajari alat muzik ini. Selain itu, pengkaji mengharapkan pembelajaran Angklung dalam bentuk animasi dapat menarik minat golongan masa kini untuk mempelajari alat muzik ini.

1.6 SOROTAN KAJIAN
1.
‘Direktur Operasional Saung Angklung Udjo Satria Yanuar Akbar mengatakan, selain pengembangan produksi, pihaknya juga tengah membicarakan tentang standard yang akan diterapkan dalam pembuatan angklung. “Standard itu antara lain terkait fisik angklung dan bunyi yang dihasilkan,” katanya. Dengan adanya standard yang jelas, kualitas angklung diharapkan jadi meningkat.’
Dipetik daripada; http://jekjeknong.multiply.com/journal
(TEMPO Interaktif, Rabu, 15 Oktober 2008 | 07:59 WIB)

2.
PROGRAM MUZIK ANGKLUNG
Program ini diujudkan khas untuk sekolah - sekolah rendah yang berminat menubuhkan kumpulan muzik angklung. Ia merupakan satu aktiviti ko-kurikulum atas inisiatif pihak sekolah. Kumpulan angklung yang ditubuhkan oleh pihak sekolah akan diketengahkan bakat mereka dengan diberi peluang mengadakan persembahan pada majlis-majlis tertentu di luar sekolah.
Dipetik daripada; http://www.warisenibudaya.com/

3.
‘Sisitem Realiti Maya sebagai medium penyampaian modul pembelajaran dan latihan muzik memberikan persekitaran pembelajaran yang lebih stimulatif dan mampu mencorakkan kaedah pembelajaran dan latihan pada masa hadapan’
Dipetik daripada; Muddatstir, M. (2001).
Thesis, Realiti Maya dalam pembelajaran Muzik – Saron

1.7 SKOP KAJIAN
Skop kajian lebih tertumpu kepada eksperimental animasi. Pemilihan lokasi yang sesuai perlu diambil kira oleh pengkaji untuk memperolehi data yang tepat. Lokasi kajian yang dipilih ialah Wariseni Budaya, Shah Alam Selangor. Pemilihan lokasi ini kerana Wariseni Buadaya menawarkan persembahan Angklung secara solo ataupun berkumpulan serta kursus untuk pembelajaran Angklung. Melalui lokasi ini pengkaji akan mendapat data yang diperlukan dengan lebih cepat dan mudah.
Skop kajian lain ialah dari segi pemilihan responden. Sebanyak 10 responden yang akan dipilih oleh pengkaji yang terdiri daripada kakitangan Wariseni Budaya, Shah Alam, Selangor dan juga pensyarah muzik Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS.

2.
2.1 KAEDAH KAJIAN

1. Kaedah kualitatif
Pengkaji akan membuat kajian kualitatif dengan menggunakan 4 cara iaitu;
i. Temuramah
ii. Pemerhatian
iii. Kelompok fokus
iv. Eksperimental


2. Kaedah kuantitatif
Pengkaji akan menggunakan borang kaji selidik untuk diedarkan bagi menjawab soalan berkaitan kajian penyelidik.
i. Borang kaji selidik


2.2 LOKASI KAJIAN
Lokasi pilihan pengkaji ialah di Wariseni Budaya, Shah Alam Selangor dan pelajar di sekolah yang berdekatan di kawasan tersebut iaitu di Shah Alam.

2.3 POPULASI KAJIAN
Populasi kajian yang dipilih ialah disekitar kawasan kajian iaitu di Wariseni Budaya, Selangor. Pemilihan responden adalah kakitangan Wariseni Budaya, pelajar dan penagjar muzikal Angklung.

2.4 LIMITASI KAJIAN
Antara limitasi yang mungkin akan berlaku semasa membuat penyelidikan adalah seperti kesukaran mendapatkan kerjasama dari responden seperti menemuramah mereka mengenai tajuk kajian. Faktor kewangan juga mempengaruhi limitasi kajian kerana kos kesemua kajian perlu ditanggung oleh pengkaji sendiri. Selain itu, masa yang terhad untuk pengkaji membuat kajian. Hal ini kerana pengkaji perlu pulang ke semenanjung untuk membuat penyelidikan dari segi kuantitatif dan kualitatif.


4.
RUJUKAN / BIBLIOGRAPHY

Dato’ Paduka Noor Aini, A.. (2005). Adat Resam dan Etiket Masyarakat Malaysia. Retreived, 20Julai09.
Nik Mustapha, N. (1999).Alat Muzik Tradisional Dalam Masyarakat Melayu Di Malaysia.m/s,67-69. Retreived, 19Julai09.
Muddatstir, M. (2001). Thesis, Realiti Maya dalam pembelajaran Muzik – Saron. Retreived, 22Julai09

No comments: